Beberapa tip untuk pelajar IPG yang menjalani latihan mengajar (praktikum) menulis refleksi yang berkualiti:
  1. Kenal pasti beberapa isu/masalah/kejayaan yang menonjol. Nyatakan indikator atau bukti atau tingkahlaku yang menyokong pemerhatian anda. 
  2. Nyatakan kelemahan yang ada pada diri sendiri, murid, orang lain atau RPH (dan sebagainya) yang menjadi punca kepada isu atau masalah yang dinyatakan dalam (1).
  3. Nyatakan kekuatan yang menyumbang kepada kejayaan pelajaran itu disampaikan dengan berkesan.
  4. Nyatakan cadangan atau tindakan susulan untuk mengatasi masalah atau isu tersebut atau untuk mengekalkan keberkesanan pengajaran guru.
  5. Sila nyatakan juga teori pedagogi yang berkaitan. Adakah teori ini terbukti benar dan telah membantu menyelesaikan masalah atau mematuhi kenapa isu itu timbul?
  6. Rujukan buku-buku lain termasuk Internet adalah amat digalakkan.
  7. Jangan lupa, guru pelatih harus banyak membaca.
Selamat berpraktikum!