Kemahiran Abad Ke-21
Agustus 1, 2011
Abad ke-21 menuntut pelbagai kemahiran bagi memastikan kesinambungan pembelajaran IPG. Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran yang perlu dikuasai dan diamalkan oleh pensyarah bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan cabaran dan tuntutan semasa. Kemahiran yang diperlukan ini melebihi literasi dasar 3M. Ini bermakna pelajar abad ke-21 harus boleh membaca secara kritis, menulis secara persuasif, berfikir dan memberi pendapat secara logik serta dapat mengatasi masalah yang kompleks. Pelajar abad ke-21 juga harus cekap mengurus maklumat, mencari, menilai dan mengamalkan pengetahuan secara luwes.Jenis kemahiran abad ke-21 adalah akauntabiliti dan adaptabiliti, kemahiran komunikasi dan kolaboratif, kreativiti dan inovasi, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, kemahiran literasi maklumat, media dan teknologi, inisiatif dan terarah kendiri, kemahiran sosial dan kerohanian, sikap serta nilai. Gagasan Baharu IPG perlu menyediakan kemahiran-kemahiran tersebut demi memenuhi tuntutan abad ke-21.
(Sumber: http://www.moe.gov.my/ipgm/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=46&Itemid=53)
(Sumber: http://www.moe.gov.my/ipgm/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=46&Itemid=53)
Diposkan oleh Donatus Justin. Diposkan Dalam : Kemahiran Kurun Ke-21