Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku mengikut peringkat berikut:  
Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap saintifik dan nilai murni 
Memberi perhatian serta respons 
Menghayati dan mengamalkan   
Membudayakan sikap saintifik dan nilai murni dalam kehidupan

Dalam pengajaran dan pembelajaran penerapan sikap saintifik dan nilai murni harus berlaku secara berterusan. Contohnya, semasa pembelajaran yang melibatkan kerja amali, guru perlu sentiasa mengingatkan murid tentang kepentingan menjalankan eksperimen secara teliti, cermat, bekerjasama, jujur dan tabah.