Pengertian:
- Mengumpul, menginterpretasi maklumat dan kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan.
- Pengajaran bermula dengan memberi beberapa contoh-contoh yang khusus kepada murid.
- Setiap contoh menunjukkan ciri-ciri yang sama.
- Seterusnya, murid dibimbing berfikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi atau kesimpulan.
- Sains banyak menggunakan pengajaran induktif
Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif
- Senaraikan contoh-contoh yang sesuai.
- Beberapa soalan ditanya kepada murid untuk membimbing mereka mencapai kesimpulan yang betul.
- Guru tidak menghuraikan isi pelajaran tetapi bertindak sebagai fasilitator untuk membantu murid mencari kesimpulan
- Jenis contoh khusus adalah dipelbagaikan tetapi memiliki ciri yang sama
- Contoh-contoh haruslah sesuai & mencukupi.
- Murid-murid digalakkan memberi contoh-contoh lain tetapi memiliki ciri-ciri yang sama
- Guru harus memberi contoh-contoh secara berperingkat
- Sediakan alat bantu mangajar yang sesuai
- Pergunakan deria-deria murid dalam aktiviti seperti deria melihat, mendengar, menghidu & dan deria sentuh.
- Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh khusus atau spesifik yang membawa kepada kesimpulan umum.