Selepas ujian, apakah tindakan guru seterusnya?
Diposkan oleh Donatus Justin pada Senin, September 12, 2011 Dalam: Pentaksiran
Seperti yang diajar di bilik kuliah, guru pelatih harus menyediakan JPU/JSU sebelum sesuatu ujian itu dibina dan ditadbirkan. Kadang-kala JPU/JSU disediakan oleh pihak sekolah, jadi guru pelatih harus menggunakan JPU/JSU itu untuk tujuan membina item soalan. Jika tidak ada, maka guru pelatih harus menyediakan JPU/JSU menggunakan format yang telah ditetapkan oleh pihak IPG.
Soalan yang kerap saya tanya kepada guru pelatih apabila mereka sedang merancang untuk mengadakan ujian bulanan ialah apakah tujuan ujian itu diadakan? Guru pelatih harus menentukan terlebih dahulu sama ada soalan itu jenis formatif atau sumatif. Salah satu tujuan ujian bulanan ialah untuk melihat pencapaian murid dan juga mencari atau membuat diagnosis ke atas kelemahan murid supaya langkah-langkah pembetulan (seperti mengadakan kelas pemulihan) dapat dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa ada guru pelatih yang menciplak soalan-soalan daripada buku rujukan tanpa membuat apa-apa pengubahsuaian. Persoalannya, adakah soalan-soalan ini dapat memenuhi kehendak tujuan ujian diadakan. Saya dapati soalan-soalan tersebut lebih sesuai untuk ujian sumatif, iaitu pelajar dibezakan kepada kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah. Ia tidak sesuai untuk mencari kelemahan murid. Selain itu, saya dapati juga format soalan tidak sesuai seperti font yang tidak sesuai, saiz font terlalu kecil atau besar, dua kolum, margin terlalu kecil, gambar rajah yang tidak bertajuk dan terlalu kecil, dan sebagainya.
Apakah tindakan guru pelatih selepas ujian diadakan?
Guru pelatih harus membuat analisis untuk melihat tajuk/subtajuk/bahagian yang mana menjadi kelemahan murid. Kebanyakan guru pelatih hanya membuat analisis ke atas gred. Analisis seperti ini tidak berguna. Kemudian guru pelatih hanya mengadakan kelas tanpa perancangan yang teliti apabila sekadar mengadakan perbincangan jawapan secara ekpositori tanpa menggunakan apa-apa bahan bantu mengajar/belajar. Apakah seharusnya dibuat oleh guru pelatih selepas ujian?
Setelah mengenalpasti tajuk/subtajuk yang menjadi kesukaran kepada majoriti murid, guru pelatih harus mengajar semula tajuk/subtajuk itu dengan pendekatan yang lain dan lebih sesuai kerana pengajaran terdahulu gagal mencapai objektif. Gunakan alat bantu mengajar/belajar yang lebih baik daripada alat sebelumnya. Kelas ini boleh dikatakan sebagai kelas pemulihan.
Saya berpendapat bahawa guru tidak harus membincangkan semua jawapan ujian tetapi hanya memberi fokus kepada bahagian yang sukar. Jawapan kepada semua soalan haruslah diberikan kepada murid supaya mereka boleh belajar sendiri di rumah atau untuk mengulangkaji jawapan yang salah. Kita harus membiasakan murid kita untuk melakukan pembelajaran kendiri tanpa terlalu bergantung kepada guru. Untuk itu, adalah penting untuk guru pelatih sentiasa memberi kata-kata perangsang dan motivasi walaupun pencapaian murid adalah kecil. Kebanyakan murid lemah mempunyai keyakinan diri yang rendah dan ini harus diperbetulkan.
Sekian, selamat mengajar.

Dalam : Pentaksiran