Laman sesawang ini dibina oleh Encik Donatus Justin (Jabatan Sains dan Matematik, IPG Kampus Keningau). UPDATE: Dengan dukacita, laman web ini tidak lagi dikemas kini.

Pensyarah Akademik DG54
Faks (P): 087-331817
H/P: 019-861 3653 (Maxis)
Emel: donatusjustin@gmail.com
Laman web ini disediakan khas untuk membantu dan memudahkan pembelajaran para pelajar IPG dan seterusnya meningkatkan kualiti latihan perguruan di IPG Kampus Keningau.
Pelajar boleh memuat turun bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk Sains Pendidikan Rendah seperti nota kuliah (pdf), huraian sukatan pelajaran (HSP), video, hasil kerja pelajar, surat pekeliling terkini, berita terkini, tugasan kerja kkursus berasaskan ilmu (KKBI) dan pengalaman berasaskan sekolah (PBS), jadual waktu induk kursus dalam cuti (KDC), dan pelbagai bahan lain yang menarik seperti bahan inovasi dan penyelidikan.
Pelajar juga diberi peluang untuk terlibat aktif dalam forum untuk memantapkan lagi kemahiran berfikir pelajar terutama pada tahap pemikiran yang lebih tinggi. Semoga para pelajar memanfaatkan kemudahan ini semaksimumnya. Hasil interaksi melalui forum ini boleh dijadikan bukti kolaborasi.
Semoga sukses selalu!
28/6/2018
BERITA TERKINI
Maklumat PENTING: URL lama saya https:\\donatusjustin.yolasite.com telah diambil alih oleh pihak lain yang tidak ada apa-apa kaitan atau hubungan dengan saya. URL terbaharu saya adalah https:\\donatus.yolasite.com.
Maaf di atas segala kesulitan yang timbul.
Terima kasih. [28/6/2018]
PENGIKTIRAFAN ALUMNI IPG KAMPUS KENINGAU 2018
Guru-guru keluaran IPG Kampus Keningau dipersilakan untuk mengisi maklumat tentang kejayaan / pencapaian / penganugerahan dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum untuk dimasukkan dalam Sistem Penarafan IPG yang berfokus kepada prestasi dan kualiti latihan keguruan yang disediakan oleh IPG Kampus Keningau.
Contoh kejayaan/pencapaian/penganugerahan adalah seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jurulatih Utama, Jurulatih Kokurikulum, Penceramah, Anugerah Inovasi, dan sebagainya. Sila klik di sini. Terima kasih.
Jika anda mempunyai apa-apa cadangan, komen atau kritikan yang membina, sila hantar melalui emel donatusjustin@gmail.com atau melalui borang komen. Sekiranya anda ingin membuat aduan rasmi, sila gunakan e-Borang Aduan Pelanggan. Terima kasih.
StatCounter: