Laman Repositori Pembelajaran Sains & Moral

Teori Keperibadian Mulia (Nota)

Agustus 14, 2015

Teori Keperibadian Mulia

Personality Virtue Theory

  • Konsep keperibadian mulia bermula dalam masyarakat Yunani abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle (384 - 322 SM).
  • Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence). 
  • Contoh: murah hati, berani, jujur, sabar, amanah
  • Aristotle berkata: “Kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang  itu manusia yang sempurna.”
  • Teori ini menekankan sifat peribadi (perangai, ciri-ciri perwatakan) untuk mencapai kehidupan yang baik. 
  • Seseorang perlu tetapkan kualiti dan taraf hidup yang diingini. 
  • Ketetapan itu menjadi piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya. 
  • Moral seseorang ditentukan oleh keperibadian mulia yang ada padanya.
  • Teori ini berfokus kepada individu, bukan kepada perbuatan atau prinsip.
  • Bandingkan teori ini dengan konsep etika moden yang lebih tertumpu kepada perbuatan.
  • Seseorang memperoleh keperibadian mulia menerusi usaha sendiri iaitu melalui pengasuhan, latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan (virtue) yang menyenangkan dan menyeronokkan. 
  • Andaian: Manusia tidak dilahirkan dengan keperibadian mulia secara semula jadi, yakni tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. 

Jalan Tengah
  • Aristotle menyarankan doktrin ‘jalan tengah’ untuk mencapai keperibadian mulia.
  • Jalan tengah bermaksud tingkah laku yang sederhana
  1. Tidak berlebihan atau keterlaluan
  2. Tidak terlalu kurang
  • Terdapat dua jenis keperibadian mulia: 
  1. Keperibadian mulia intelektual
  2. Keperibadian mulia moral
  • Terdapat dua jenis keperibadian mulia: 
Keperibadian mulia intelektual
  1. Jenis ini adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat penaakulan yang baik. 
  2. Boleh dipelajari daripada seorang guru.
Keperibadian mulia moral. 
  1. Seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. 
  2. Keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. 
  3. Dipelajari menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan. 
Ciri-ciri Keperibadian Mulia
  • Apakah ciri-ciri keperibadian mulia? 
  • Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan
  • Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai
  • Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan
  • Berpegang kepada prinsip
  • Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan
  • Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan.
Kelemahan Teori Keperibadian Mulia
  • Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semula jadi.
  • Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian, peniruan dan pergaulan.
  • Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana perbuatan”sederhana” berbeza antara individu dengan individu yg lain.
  • Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.
  • Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan, contoh: keadilan, mengumpat, bercakap benar.


 

Penyeliaan Praktikum: Komen Pensyarah

Maret 20, 2014
Setelah beberapa kali melaksanakan penyeliaan praktikum di beberapa sekolah yang berdekatan di sekitar daerah Keningau (Sabah), ada beberapa perkara penting atau kesilapan yang kerap kali dilakukan oleh guru pelatih semasa melaksanakan praktikum. Semoga para guru pelatih akan mengambil langkah-langkah yang perlu agar kesilapan ini tidak lagi berulang. Diharapkan catatan ini dapat membantu menghasilkan bakal guru yang benar-benar berkualiti.

Penulisan Objektif
  1. Perkara pokok yang harus diperbetul...

Teruskan membaca...
 

Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Moral: Inovasi dan Kreativiti Guru

Januari 8, 2014
Pengenalan
Pembelajaran aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak zaman Socrates lagi pembelajaran aktif sudah dipraktikkan. Pendidik progresif seperti John Dewey menekankan kepentingan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini. Guru digalakkan beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif  dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sa...

Teruskan membaca...
 

Etika Profesion Keguruan (Rujukan sahaja)

Mei 20, 2013
ETIKA PROFESION KEGURUAN

Maksud Etika 
  1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)
  2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
  3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
  4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin d...

Teruskan membaca...
 

SOAL SELIDIK PENILAIAN PEMBANGUNAN PROJEK ICT DI IPG RMK9

Juli 9, 2012

BERITA TERKINISOAL SELIDIK PENILAIAN PEMBANGUNAN PROJEK ICT DI IPG RMK9 (2005-2010) 

RESPONDEN : PELATIH

Soal selidik ini adalah untuk pelatih dari SEMESTER 6 dan SEMESTER 8 sahaja. Sila klik di sini atau

http://www.ipks.edu.my/v2/index.php/pensyarah-staf/kajian-penilaian-pembangunan-projek-rmk9-2005-2010

Terima kasih di atas penglibatan anda semua.


Teruskan membaca...
 

Selepas ujian, apakah tindakan guru seterusnya?

September 12, 2011
Seperti yang diajar di bilik kuliah, guru pelatih harus menyediakan JPU/JSU sebelum sesuatu ujian itu dibina dan ditadbirkan. Kadang-kala JPU/JSU disediakan oleh pihak sekolah, jadi guru pelatih harus menggunakan JPU/JSU itu untuk tujuan membina item soalan. Jika tidak ada, maka guru pelatih harus menyediakan JPU/JSU menggunakan format yang telah ditetapkan oleh pihak IPG.

Soalan yang kerap saya tanya kepada guru pelatih apabila mereka sedang merancang untuk mengadakan ujian bulanan ialah apak...
Teruskan membaca...
 

Menulis refleksi

Agustus 24, 2011
Beberapa tip untuk pelajar IPG yang menjalani latihan mengajar (praktikum) menulis refleksi yang berkualiti:
  1. Kenal pasti beberapa isu/masalah/kejayaan yang menonjol. Nyatakan indikator atau bukti atau tingkahlaku yang menyokong pemerhatian anda. 
  2. Nyatakan kelemahan yang ada pada diri sendiri, murid, orang lain atau RPH (dan sebagainya) yang menjadi punca kepada isu atau masalah yang dinyatakan dalam (1).
  3. Nyatakan kekuatan yang menyumbang kepada kejayaan pelajaran itu disampaikan dengan berkesan....

Teruskan membaca...
 

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Agustus 15, 2011
Pelajar disarankan agar membaca Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran yang boleh diakses daripada pautan ini:
 
 http://www.moe.gov.my/?id=162&pid=745&act=pekeliling&cat=1&info=&ikhtisas=1
Teruskan membaca...
 

Bertugas rasmi di luar pejabat

Agustus 8, 2011
Saya akan menghadiri Bengkel Prosedur Pengurusan Pentadbiran Peperiksaan di Hotel Perkasa pada 8 Ogos 2011 jam 7.30 am - 12.30 pm. Pelajar PISMP Sains  Sem 2 ambilan Januari 2011 dikehendaki melaksanakan tugasan ini:
  1. Mencari maklumat tentang pembelajaran berasaskan projek dan menyediakan satu contoh aktiviti yang berkaitan.
  2. Pelajar dikehendaki berpecah kepada empat kumpulan pakar (pembelajaran koperatif) dan dikehendaki mencari maklumat tentang salah satu tajuk berikut iaitu (pameran sains, ber...

Teruskan membaca...
 

Refleksi Pelajar Tentang Penyiasatan, Eskperimen, Demonstrasi dan Discrepant Event

Agustus 6, 2011
Pada 1 Ogos lalu saya telah didedahkan dengan beberapa demonstrasi yang boleh digunakan sebagai salah satu medium pencetus perkembangan keupayaan kognitif. Demonstrasi-demonstrasi tersebut kelihatan ringkas tetapi sebenarnya mampu mengelirukan dan mempersoalkan pengetahuan sedia ada orang yang menyaksikan demonstrasi tersebut. 

Demonstrasi tersebut dipanggil kejadian bercanggah. Melalui demonstrasi yang dibuat tempoh hari, saya dapati bahawa kejadian bercanggah mempengaruhi atau pun memberikan...
Teruskan membaca...
 

Buat situs web gratis dengan Yola